HOME SUKATAN PELAJARAN RPH NOTA SOALAN-SOALAN BICARA HATI

Wednesday, 12 December 2012

~Accounting is fun????~



Setiap kita mula mempelajari akaun ini di bangku sekolah lagi walaupun secara tidak langsung dan mula mengenali rekod-rekod perakaunan di tingkatan 3 iaitu dalam subjek kemahiran hidup. Mitos mengenai perakaunan adalah “akaun itu sangat susah, dan subjek yang paling ditakuti”, belajar subjek ini bukan sekadar untuk menjadi seorang akauntan tetapi ianya sebagai ilmu tambahan yang menarik dan berguna.
Hal ini sangat jelas menunjukkan bahawa mempelajari perakaunan ini adalah sebagai kemahiran tambahan dalam hidup kita.


 
Perakaunan adalah menarik dan penting dalam mana-mana aspek perniagaan dalam kehidupan seharian. Perakaunan akan menjadi menarik apabila kita minat dan bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya, ia akan menjadi mudah dan senang apabila kita memahaminya.. Jadi, berusahlah dan bersungguh-sungguh dalam apa jua yang dilakukan jika ingin mencapai kepuasan dalam hidup ini.
 
 Bertanyakan soalan diatas kepada seorang akauntan adalah seperti bertanya seorang petani mengapa kita perlukan hujan. Kita perlu perakaunan kerana ia adalah satu-satunya cara untuk perniagaan berkembang dan berkembang. Perakaunan adalah tulang belakang dunia perniagaan kewangan. Lagipun, perakaunan telah diwujudkan sebagai tindak balas kepada pembangunan perdagangan dan perniagaan semasa zaman pertengahan.
 
 Jadi lihatlah perakaunan sebagai satu kaedah yang teratur untuk penyimpanan rekod. Satu lagi fakta menarik ialah pengetahuan dan prinsip-prinsip di mana amalan perakaunan pertama telah ditubuhkan, ratusan tahun perakaunan telah digunakan. Konsep aset, liabiliti, dan pendapatan dan keperluan untuk menyela   raskan bidang ini masih asas bagi semua fungsi-fungsi perakaunan.







So dalam erti kata yang lain, perakaunan itu sungguh menyeronokan...:)
Bagaimana pula dengan anda???...

No comments:

Post a Comment

 
Blog contents © cikgu sofea 2012. All rights reserved. Blogger Theme by Cikgusofea.