HOME SUKATAN PELAJARAN RPH NOTA SOALAN-SOALAN BICARA HATI

Tuesday, 18 December 2012

Wednesday, 12 December 2012

~Latihan & Soalan~


PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN



* Nota

* Latihan


Selamat Berjaya..

~Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan 4~




Tajuk
T4
T5
Jumlah Waktu
1
Pengenalan Kepada Perakaunan
1.1        Pendedahan kepada Penyata Kewangan
1.2        Sejarah Perakaunan
1.3        Bentuk Organisasi
1.4        Perakaunan dan Simpan Kira
1.5        Persekitaran Perakaunan di Malaysia
1.6        Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan    
             serta Ciri Kualitatif Penyata Kewangan
1.7        Kitaran Perakaunan
10

10
2
Klasifikasi Akaun: Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja Dan Akaun Kontra
2.1        Aset
2.2        Liabiliti
2.3        Ekuiti Pemilik
2.4        Hasil
2.5        Belanja
2.6        Akaun Kontra
2.7        Carta Akaun
2.8        Persamaan Perakaunan
2.9        Sistem Catatan Bergu
24

24
3
Dokumen Perniagaan Sebagai Sumber Maklumat
3.1        Fungsi dan Jenis Dokumen dalam
             Perniagaan
3.2        Aliran Dokumen antara Pembeli dan
             Penjual

8

8
4
Jurnal Sebagai Buku Catatan Pertama
4.1        Fungsi dan Jenis Jurnal
12

12
5
Lejar
5.1        Fungsi dan Jenis Lejar
5.2        Akaun Kawalan
32

32



Tajuk
T4
T5
Jumlah Waktu
6
Imbangan Duga
6.1       Fungsi Imbangan Duga
6.2       Hubungan antara Imbangan Duga dan
            Penyata Kewangan
16

16
7
Penyata Kewangan - Milikan Tunggal
7.1       Pelarasan Akaun
7.2       Penutupan Akaun
7.3       Penyata Pendapatan
7.4.      Kunci Kira-kira
56

56

Jika ingin melihat dengan lebih lanjut..sila klik ....
Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan

~Imbang Lejar~





Bagaimana nak wat imbangi lejar???....

Cara nya senang sahaja.. 
sila nonton video ni..
Jika tidak faham juga, di sini akan disediakan link sebagai rujukan..

   

~Accounting is fun????~



Setiap kita mula mempelajari akaun ini di bangku sekolah lagi walaupun secara tidak langsung dan mula mengenali rekod-rekod perakaunan di tingkatan 3 iaitu dalam subjek kemahiran hidup. Mitos mengenai perakaunan adalah “akaun itu sangat susah, dan subjek yang paling ditakuti”, belajar subjek ini bukan sekadar untuk menjadi seorang akauntan tetapi ianya sebagai ilmu tambahan yang menarik dan berguna.
Hal ini sangat jelas menunjukkan bahawa mempelajari perakaunan ini adalah sebagai kemahiran tambahan dalam hidup kita.


 
Perakaunan adalah menarik dan penting dalam mana-mana aspek perniagaan dalam kehidupan seharian. Perakaunan akan menjadi menarik apabila kita minat dan bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya, ia akan menjadi mudah dan senang apabila kita memahaminya.. Jadi, berusahlah dan bersungguh-sungguh dalam apa jua yang dilakukan jika ingin mencapai kepuasan dalam hidup ini.
 
 Bertanyakan soalan diatas kepada seorang akauntan adalah seperti bertanya seorang petani mengapa kita perlukan hujan. Kita perlu perakaunan kerana ia adalah satu-satunya cara untuk perniagaan berkembang dan berkembang. Perakaunan adalah tulang belakang dunia perniagaan kewangan. Lagipun, perakaunan telah diwujudkan sebagai tindak balas kepada pembangunan perdagangan dan perniagaan semasa zaman pertengahan.
 
 Jadi lihatlah perakaunan sebagai satu kaedah yang teratur untuk penyimpanan rekod. Satu lagi fakta menarik ialah pengetahuan dan prinsip-prinsip di mana amalan perakaunan pertama telah ditubuhkan, ratusan tahun perakaunan telah digunakan. Konsep aset, liabiliti, dan pendapatan dan keperluan untuk menyela   raskan bidang ini masih asas bagi semua fungsi-fungsi perakaunan.







So dalam erti kata yang lain, perakaunan itu sungguh menyeronokan...:)
Bagaimana pula dengan anda???...

~Catatan Bergu~



Di sini cikgu akan menerangkan bagaimana caranya catatab bergu dicatat dalam lejar..

Selamat Menonton..:)

Kalendar Persekolahan 2012


KALENDAR 2013
* Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya


MULA PERSEKOLAHAN AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH HARI
02.01.2013
31.01.2013
22

01.02.2013
28.02.2013
20
01.03.2013
22.03.2013
16
JUMLAH HARI 58
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
23.03.2013
31.03.2013
9
01.04.2013
30.04.2013
22

01.05.2013
24.05.2013
18
JUMLAH HARI 40
CUTI PERTENGAHAN TAHUN
25.05.2013
09.06.2013
16
10.06.2013
30.06.2013
15

01.07.2013
31.07.2013
23
01.08.2013
06.08.2013
4
JUMLAH HARI 42
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
07.08.2013
18.08.2013
12







19.08.2013
31.08.2013
10

01.09.2013
30.09.2013
21
01.10.2013
31.10.2013
23
01.11.2013
15.11.2013
11
JUMLAH HARI 65
CUTI AKHIR TAHUN
16.11.2013
01.01.2014
47








Tuesday, 11 December 2012

Pantun Selamat Malam


Khas buat teman seperjuangan 

Malam waktu untuk lelapkan mata,
Untuk berehat seketika,
Selamat malam buat semua,
Doa tidur jangan dilupa.


    Doa tidur jangan dilupa,
    Sampai masanya pejamlah mata,
    Rehatkan badan serta juga jiwa
    Tidurlah mata dengan lena.


Sebelum tidur minumlah dulu,
Jangan dilupa pada yang Satu,
Tidurlah lena tanpa diganggu,
Agar esok bangun segar selalu.


    Pantun sudah, seloka pun sudah,
    Lepas ni tak tau apa pulak dah,
    Sebelum tidur jangan lupa Syahadah,
    Takut takut esok tak sempat dah....





~ Sejarah Perakaunan ~




Setiap sesuatu perkara benda yang wujud mesti ada sejarahnya yang tersendiri...
Bukan sahaja sejarah Malaysia, Melaka tetapi juga Perakaunan pun ada sejarahnya yang tersendiri yang mesti kita tahu tau...
Tujuan nya adalah untuk kita memahami dan mencintai tentang mata pelajaran perakaunan..
so...
Kat sini cekgu akan bagi detail tentang sejarah perakaunan serta serba sedikit nota perakaunan tingkatan 4.

Nota perakaunan Tingkatan 4

Selamat bersejarah...=)

Monday, 10 December 2012

~Kitaran Perakaunan~


Selamat malam kawan-kawan...

Malam ini cekgu akan memperkenalkan kepada kamu semua bagaimana Kitaran Perakaunan berlaku...

Jom lihat...

Sunday, 9 December 2012

~ Apa itu perakaunan? ~

Tahukah kamu apa itu 'Perakaunan'?.. Simpan Kira?....
Adakah sama...?

Oh! Tidak....Ia tidak sama antara satu sama lain....
Ok...disini cekgu akan menunjukan gambaran apa perbezaan antara perakaunan dengan simpan kira...

Simpan kiraPerakaunan
Simpan kira merupakan peringkat awal dalam proses perakaunanPerakaunan merupakan proses perekodan maklumat akaun yang seterusnya
Simpan kira ialah merekod urus niaga dengan teratur dan tepat secara sistem catatan berguPerakaunan meliputi kerja merekod, mendaftar, mengklasifikasikan dan menganalisis
Ia merupakan satu aspek kecil dalam proses perakaunanIa merangkumi bidang yang lebih luas
Kerja simpan kira ialah satu proses yang mekanikal dan rutinKerja perakaunan adalah lebih rumit dan memerlukan pengetahuan yang profesional

So..macamana, adakah kamu semua sudah faham....
Ingat ea pelajar-pelajar....
'Perakaunan merupakan simpan kira tetapi simpan kira bukanlah perakaunan' 
dalam erti kata yang lain simpan kira merupakan sebahagian daripada perakaunan....:)

Wednesday, 5 December 2012





Belajar lagi!!!!..yeah!! sekolah nak buka da....

1st day - creating blog

assalamualaikum & hi hi  kekawan....

Hari ini, bersamaan 6 Disember 2012
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokan,
Saya blogger baru belajar,
Harap tak tahu tolong ajarkan..<3

 
Blog contents © cikgu sofea 2012. All rights reserved. Blogger Theme by Cikgusofea.